Connect with us

Oh! Media

‘Mungkin 1juta Followers Yang Kau Impikan’ – Nonny Berkemban? Mila Jirin Dah Tak Mahu Tegur

Mila Af

Oh! Artis

‘Mungkin 1juta Followers Yang Kau Impikan’ – Nonny Berkemban? Mila Jirin Dah Tak Mahu Tegur

Belum reda dengan isu berpakaian seksi baru-baru ini, Nonny Nadirah sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik foto berendam di dalam besen air tanpa baju. Foto yang diambil daripada belakang itu menunjukkan seorang wanita memakai kaca mata hitam dengan kapsyen ‘soap’.

BACA: Sedih Rakan Baik Post Gambar Seksi, Ini Nukilan Mila Jirin Untuk Nonny Nadirah

Memberi respon kepada perkara tersebut, rakan baiknya, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa dengan apa yang telah dibuat. Menurut Mila, dia sudah tidak mahu menegur, hanya mampu berdoa semoga Allah SWT jentik hati rakannya itu kembali ke landasan yang betul.

IKLAN

Kata Mila lagi, sebelum ini dia telah menerima pelbagai kecaman gara-gara menegur secara terbuka di Instagram. Disebabkan itu juga, dia terpaksa menutup ruangan komen kerana tertekan.

Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call…tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???

Menafikan tuduhan mahu meraih publisiti, juara Akademi Fantasia 5 ini mempunyai sebab tersendiri mengapa menasihati rakan secara umum.

Anak Najib Razak Samakan Bapa Dengan Nabi Yusof Dan Nelson Mandela Ketika Berucap

Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.. Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!

Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!

Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT… Tahniah sahabat!

Aku dah tak mampu buat apa apa…mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan. AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau.

Aku post kat sini, sebab aku tau ko akan baca disini….

Berasa sangat kecewa, Mila Jirin menganggap mungkin selama ini dia sahaja yang menganggap Nonny sahabat baik namun tidak bagi Nonny. Walau bagaimanapun, dia memohon Allah SWT membuka hati rakannya untuk berubah.

Kredit: Mila Jirin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas