Oh! Artis
Noh Salleh Selamba Catwalk Sambil Pegang Rokok Di KLFW2022, Ini Reaksi Netizen
Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh mencuri tumpuan ramai apabila tampil berani berjalan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) sambil memegang sebatang rokok.
BACA: “Kenapa Ramai Buat Tak Tahu?”- Netizen Kesian Tengok Nuha & Naufal Macam Kena Palau Di KLFW2022
Difahamkan, penyanyi berusia 37 tahun itu mewakili satu jenama yang gah dan telah menggayakan persalinan serba hitam dan berkaca mata.
Rokok yang dipegang penyanyi itu bagaimanapun tidak dibakar. Dia hanya dilihat berjalan santai sambil memegangnya sebelum meletakkan rokok itu di mulut.
@budieychannel Noh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala ala bad bois gitu.
♬ original sound – onefaridzuan
Dipercayai membawa imej ‘bad boy’, penampilan Noh itu bagaimanapun tidak disenangi segelintir netizen. Netizen berpendapat rokok itu tidak perlu memandangkan imej yang dibawanya sudah cukup stylo.



Dalam pada itu, ada juga peminat menganggap penyanyi itu hanya menjadi dirinya sendiri dan tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan orang.

Apa pandangan korang pula?
Kredit: TikTok @budieychannel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.