Connect with us

Oh! Media

Noh Salleh Mohon Maaf, Tak Tahu Perjanjian Mizz Nina Dan Ibu Kandung Musa

noh

Oh! Artis

Noh Salleh Mohon Maaf, Tak Tahu Perjanjian Mizz Nina Dan Ibu Kandung Musa

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka kerana memuat naik gambar anak angkatnya, Musa di laman sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Kandung Musa Dedah Perjanjian Sebenar, Tuntut Noh Salleh Mohon Maaf

Menerusi satu video, Noh menjelaskan dia tak tahu Mizz Nina ada perjanjian dengan ibu kandung Musa bahawa mereka dilarang menunjukkan wajah Musa di mana-mana platform.

Jelas penyanyi ini, dia bertindak demikian kerana terlalu rindukan Musa dan kini anak angkatnya itu telah diserahkan kepada Mizz Nina.

noh

Sementara itu, Noh menafikan dakwaan bahawa dia telah memanipulasi ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah.

Perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.

Anak seni berasal dari Sarawak ini menjelaskan tak ada apa-apa syarat mengenai muat naik gambar Musa sebelum ini. Namun, dia menghormati pendirian Athirah sebagai ibu kandung yang mempunyai hak sepenuhnya terhadap perkembangan Musa.

Dia akan memadam gambar dan berjanji tak akan mendedahkan wajah Musa lagi selepas ini. Noh turut memaklumkan dia telah menerima perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Februari untuk proses Sulh dan 6 Februari untuk perbicaraan.

Kredit: Instagram Noh Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas