Connect with us

Oh! Media

Niat Tunai Umrah Lepas Kahwin, Uqasha Senrose Terima Pesanan Berbaur Lucah

Oh! Artis

Niat Tunai Umrah Lepas Kahwin, Uqasha Senrose Terima Pesanan Berbaur Lucah

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli, Uqasha Senrose dan Kamal Adli merancang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

Menurut Uqasha, sebelum ini dia memang berniat untuk ke tanah suci bersama pasangan. Kebetulan pula, Kamal Adli tidak pernah ke sana jadi dia mahu menjadi orang pertama yang membawanya.

BACA: Uqasha Senrose, Kamal Adli Rancang Bulan Madu Ke Mekah

Namun begitu, ada pula yang menjadikan niat baik itu sebagai gurauan apabila memuat naik pesanan agar pasangan ini berhati-hati bimbang perlu membayar dam.

Hati-hati Uqasha. Jangan sampai kena bayar dam sebab terlajak main waktu tunaikan umrah.

Terkejut membaca kenyataan itu, Uqasha menerusi hantaran di Instagram Story mempersoalkan mentaliti sesetengah orang yang berfikiran sedemikian.

uqasha senrose
uqasha senrose

Tambah pelakon ‘Setelah Terlafaznya Akad’ ini lagi, dia sudah tiga kali menunaikan umrah. Sebelum bertolak, dia perlu melalui proses khusus bukannya terjah sahaja.

Selain suami, Uqasha turut ditemani ahli keluarga yang lain termasuklah pelakon Nelydia Senrose. Rombongan mereka melalui agensi yang disertai seorang ustaz.

Dia turut menegur ‘bahasa’ yang digunakan individu berkenaan yang seolah-olah mempersendakan ibadat yang ingin dilakukannya.

Menurut Uqasha, jika ingin berbulan madu lebih baik dia memilih lokasi lain bukannya tanah suci.

Kredit: Instagram Uqasha Senrose

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas