Connect with us

Oh! Media

Uqasha Senrose, Kamal Adli Rancang Bulan Madu Ke Mekah

Kamal U

Oh! Artis

Uqasha Senrose, Kamal Adli Rancang Bulan Madu Ke Mekah

Pasangan merpati dua sejoli, Kamal Adli dan Uqasha Senrose tidak berniat untuk menafikan majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup 5 November lalu.

BACA: Senyap-Senyap Kamal Adli Jadikan Uqasha Senrose Sebagai Isteri Sejak Sebulan Lepas?

Menurut Uqasha, berikutan situasi pandemik kini, mereka hanya melakukan perkara yang wajib sahaja selain menghormati permintaan ibu bapa.

IKLAN

Dalam masa yang sama, pasangan ini mahu menjaga hati keluarga dan sanak saudara yang ramai. Mereka hanya dapat menghimpunkan semua keluarga di majlis persandingan nanti.

Apa-apa pun pasangan ini bersyukur kerana segala urusan ke arah pernikahan dipermudahkan.

264561149 513806306271536 3311532148525814596 n

Ditanya mengenai perancangan bulan madu, Uqasha dan suami merancang untuk ke Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah pada 23 Disember ini.

Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

Tambah pelakon ini, jika ada jodoh dia memang berniat untuk ke tanah suci bersama pasangan. Kebetulan pula Kamal belum pernah ke Mekah, jadi Uqasha mahu menjadi orang pertama yang membawanya ke sana.

Difahamkan, majlis pernikahan Uqasha dan Kamal Adli sepatutnya dilakukan pada Jun lalu namun tertangguh beberapa kali kerana pandemik Covid-19.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas