Connect with us

Oh! Media

Niat Membantu, Fazura Sebak Tudung Bernilai RM2.16 Juta ‘Sold Out’

tudung fazura

Oh! Artis

Niat Membantu, Fazura Sebak Tudung Bernilai RM2.16 Juta ‘Sold Out’

Menjual tudung dengan harga yang berpatutan, rezeki pelakon Fazura nampaknya murah apabila ramai yang menyokong perniagaannya itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Fazura Jual Tudung RM27, Niat Mahu Semua Mampu Beli

Tidak mampu membalas sokongan semua, pelakon wanita itu meluahkan rasa sebak melihat tudung jenama Fazura sebanyak 80,000 helai yang terjual dalam masa 2 jam sahaja.

Secara tak langsung, ia juga membantu sesetengah individu yang hilang punca pendapatan kerana situasi pandemik yang genting kini.

Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.

Meskipun boleh sahaja menjual dengan harga yang lebih tinggi, namun Fazura memilih harga RM27 supaya ianya boleh dibeli oleh semua orang.

Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi.

Menurut kiraan netizen, jualan tersebut dianggarkan mencapai RM2.16 juta sekaligus membuktikan kejayaan wanita itu.

tudung fazura

Semoga Fazura dapat membantu ramai lagi orang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas