Connect with us

Oh! Media

Fazura Jual Tudung RM27, Niat Mahu Semua Mampu Beli

E5729a61 2927 4eb4 af7e 352a87b16105

Oh! Artis

Fazura Jual Tudung RM27, Niat Mahu Semua Mampu Beli

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura baru saja melancarkan koleksi tudung terbarunya dengan nama ‘Kakak Kita’. Dalam masa sehari, tudung yang dijual dengan harga RM27 itu sudah 20,000 helai yang terjual. Pergh! Laju betul.

BACA : Komen ‘Jangan Rentas Negeri’ Tular, Fazura Bertegas Tidak Sindir Sesiapa

Menerusi IG live baru-baru ini, Fazura berkata yang dia menjual tudung tersebut dengan harga sedemikian kerana ingin semua orang mampu beli. 

IKLAN

Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya.

Menerusi laporan Kosmo, Fazura turut berkata bahawa setiap usahawan pasti ingin mendapatkan keuntungan dalam business tetapi niatnya cuma ingin menjual tudung yang mampu semua milik.

Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang.

Fazura juga menjelaskan bahawa angka 27 adalah nombor yang digemari dan tarikh ulang tahun kelahirannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas