Oh! Artis
“Boleh Nak Sokong Tapi..” – Fazura Minta Netizen Lebih Berhati-Hati Dalam Berkata-Kata
Fazura seru netizen berbuat baik, hati-hati dalam berkata-kata.
Pelakon dan usahawan popular, Fazura sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi satu pesanan penuh makna di Threads yang seakan ditujukan kepada netizen.
Menerusi perkongsian itu, Fazura mengingatkan bahawa setiap individu berhak untuk mempunyai pendapat, namun cara menyampaikan juga memainkan peranan penting.
Fazura tegur supaya berhati-hati dalam berkata-kata
View on Threads
Menurutnya, walaupun niat mungkin untuk mempertahankan atau menyokong seseorang, namun kata-kata yang digunakan boleh memberi kesan berbeza.
Dalam masa sama, Fazura turut menyentuh tentang sikap segelintir pihak yang terlalu cepat membuat andaian sehingga boleh melukakan hati orang lain.
Di akhir perkongsian, Fazura mengajak semua untuk kembali kepada nilai asas iaitu berbuat baik sesama manusia.
Pssttt! Dalam dunia media sosial yang pantas hari ini, memang mudah untuk kita memberi pendapat tanpa berfikir panjang. Tapi seperti yang Fazura ingatkan, kata-kata kita mencerminkan siapa diri kita. Kadang-kadang, jadi baik itu lebih penting daripada jadi betul.
Kredit: Thread Fazura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM