Connect with us

Oh! Media

ina naim 1

Oh! Artis

“Niat Kahwin Sebab Nak Kumpul Pahala” – Ina Naim Sah Bakal Nikah Lepas Setahun Kehilangan Suami

Ina Naim, balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang duda berusia 41 tahun pada 8 November nanti.

Memetik laporan Harian Metro, Ina memilih untuk tidak membuat pengumuman besar bagi menghormati perasaan ibu dan bapanya.

IKLAN

“Majlis kecil-kecilan, bukan kedekut tetapi…”

ina naim

Ina menjelaskan bahawa majlis itu akan dijalankan dalam skala kecil dengan hidangan yang terhad. Ini kerana dia ingin mengelakkan fitnah yang mungkin timbul jika berlaku kekurangan makanan atau isu lain.

Bukan kedekut tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya. Jadi, saya tak rancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula. Kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang.

Siapa jejaka pilihan hati Ina?

Ina bersama arwah suami

Menurut Ina, lelaki tersebut merupakan peminat setia arwah suaminya dan mula mengenali Ina selepas Aidilfitri lalu.

Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal.

Bakal suaminya merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak. Jelasnya, bakal suami sudah lama mengidolakan keluarganya dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.

Anak-anak terima kehadiran bakal bapa tiri

Ina Naim dan anak-anak bersama arwah suami

Dalam persiapan untuk memulakan hidup baharu, Ina turut memikirkan penerimaan anak-anak terhadap bakal suaminya.

Katanya, keempat-empat cahaya matanya menyambut keputusan tersebut dengan hati terbuka selepas Ina menjelaskan mengapa dia perlu kahwin semula.

Bakal suaminya juga dilihat ikhlas menyayangi anak-anak dan mahu jadi seperti arwah Suhaimi iaitu mendidik anak-anak dengan ilmu bermanfaat.

Keluarga arwah suami beri restu

Ina turut mendapatkan pandangan keluarga arwah suaminya dan bersyukur apabila mereka menyokong keputusannya.

Bagi mereka, adalah baik jika ada seseorang yang dapat membimbing dan menjaga kebajikan Ina serta anak-anaknya.

Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu susahnya membesarkan anak seorang diri.

#OhmediaNasihat

Takdir hidup memang tak terduga. Hanya tuan badan yang tahu apa yang terbaik buat dirinya kan. Didoakan semoga majlis berjalan lancar dan Ina bahagia bersama keluarganya.

ina naim 1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas