Connect with us

Oh! Media

“Ni Betul-Betul Masalah Ni”- Dakwa Aliff Syukri Lapar Perhatian, Sharnaaz Nasihat Dapatkan Bantuan Profesional

Sharnaaz

Oh! Artis

“Ni Betul-Betul Masalah Ni”- Dakwa Aliff Syukri Lapar Perhatian, Sharnaaz Nasihat Dapatkan Bantuan Profesional

Kecoh di media sosial apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa bahawa dirinya ketika ini merupakan penyanyi nombor satu negara.

BACA: “Saya Ada Bakat” – Bangga Atasi Lagu Blackpink Di YouTube, Aliff Syukri ‘Claim’ Diri Penyanyi Nombor 1 Negara

Kenyataan itu dibuat selepas lagu baru nyanyiannya bersama Baby Shima berjaya trending nombor satu di platform Youtube. Amboi, perasannya!

IKLAN

Sharnaaz nasihat dapatkan rawatan dan bantuan profesional

Terbaru, pelakon yang kini mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, Sharnaaz Ahmad turut memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan usahawan kosmetik itu.

Screenshot 2022 08 19 at 155317

Menurut Sharnaaz, Datuk Aliff dilihat semakin dahagakan perhatian orang ramai sehingga berani untuk mengaku dirinya penyanyi nombor satu negara.

Ni betul betul masalah ni, awak perlukan pertolongan dari pihak profesional.

Sharnaaz juga berpendapat bahawa tindakan serta sikap yang dahagakan perhatian ini boleh merosakkan kehidupan usahawan kosmetik itu sekiranya tidak mendapatkan bantuan daripada mereka yang sepatutnya.

Orang sayang sebab itu orang tegur, awak dah lapar perhatian dan glamor. Ini akan memberi kesan buruk pada awak nanti.

Setuju sangat dengan komen serta nasihat daripada Sharnaaz tu. Perangai dan sikap macam ni tak boleh dibiarkan sebab dia akan sentiasa rasa dia saja yang betul dalam dunia ni.

Kredit: Instagram hmetromy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas