Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Bakat” – Bangga Atasi Lagu Blackpink Di YouTube, Aliff Syukri ‘Claim’ Diri Penyanyi Nombor 1 Negara

Trending

“Saya Ada Bakat” – Bangga Atasi Lagu Blackpink Di YouTube, Aliff Syukri ‘Claim’ Diri Penyanyi Nombor 1 Negara

Apa lagi Datuk Aliff Syukri ni? Tak habis-habis buat hal. Baru-baru ini kecoh apabila tular satu video dimuatnaik usahawan kosmetik itu bersama penyanyi dangdut, Baby Shima yang agak kurang enak untuk ditonton khalayak ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rosak Industri Muzik Negara” – Founder & TikToker Kemaruk Nak Jadi Penyanyi, Awie Luah Rasa Kecewa

Perkara itu juga turut mendapat respon penyanyi rock terkenal tanah air, Dato’ Awie yang berpendapat penglibatan mereka yang tidak mempunyai bakat serta jiwa sebagai anak seni hanya akan merosakkan lagi industri seni.

Datuk Aliff ‘claim’ diri nombor satu negara?

Terbaru, Mstar menemubual Datuk Aliff bagi mendapatkan respon serta pandangannya selepas melancarkan sebuah lagu duet bersama Baby Shima yang berjudul Baby Sayang.

Menerusi temubual tersebut, Aliff berharap agar dirinya diberikan ruang dan peluang bagi melebarkan bakat dan impiannya untuk menjadi penyanyi nombor satu negara.

Saya hanya mengharapkan Anugerah Juara Lagu, bagi peluang kepada orang seperti saya. Mungkin suara saya tak hebat, tetapi saya ada peminat saya yang tersendiri. Kenapa anda semua tak memandang suara saya sebagai seni?

Muzik itu universal. Kenapa anda boleh terima lagu rap, kenapa tak boleh terima suara saya?

Bukan itu sahaja, Aliff turut mendakwa dirinya ketika ini merupakan penyanyi nombor satu negara selepas berada di tempat pertama paling trending di Youtube sehingga mengalahkan kumpulan pop terkenal Korea Selatan, Blackpink!!!

Sekarang ini, artis yang buat lagu, siapa yang nombor satu (trending)? Kenapa orang tak boleh terima saya artis nombor satu?

Awak kena terima benda ni, saya nombor satu!

Sebenarnya diorang cemburu, diorang tiada suara sedap macam saya

Nak berduet dengan Dato’ Awie

Dalam pada itu, Datuk Aliff turut memberikan respon terhadap komen yang dikeluarkan Dato’ Awie terhadapnya.

Dato’ Awie, saya peminat setia anda. Bagilah peluang kepada anak muda seperti saya nak jadi penyanyi.

Saya teringin nak berduet dengan Dato’ Awie. Sebab kalau saya berduet dengan Dato’ Awie mesti trending. Haa saya kan artis nombor satu.

Amboi Datuk Aliff, tinggi betul ya angan-angan nak berduet dengan Dato’ Awie tu?

Kredit: YouTube Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas