Connect with us

Oh! Media

Netizen Tegur Pakaian Ameera Khan Nampak ‘Dalam’, Peluk Jefri Nichol Macam Laki Bini

Ohmedia ameera Jefri

Oh! Artis

Netizen Tegur Pakaian Ameera Khan Nampak ‘Dalam’, Peluk Jefri Nichol Macam Laki Bini

Nampaknya aksi mesra pasangan kontroversi, Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen.

Sejak mereka dilihat bercinta, pasangan ini kerap muncul dengan gaya mesra yang dikatakan melampau dan tidak sesuai dipertontonkan.

Netizen tegur gaya terlalu mesra Ameera dan Jefri

Ameera Khan

Seperti video viral di Facebook ini, Ameera dipeluk daripada belakang ketika ditemubual bersama Men’s Folio Malaysia.

IKLAN

Di ruangan komen perkongsian, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘rimas’ melihat aksi mereka yang tak ubah seperti pasangan berkahwin.

Terkejut pakaian semakin seksi

Ameera Khan

Selain kemesraan, pemakaian Ameera turut mengundang reaksi negatif. Ramai menyuarakan kebimbangan apabila imejnya dilihat semakin seksi dan menonjolkan bentuk badan.

Turut menarik perhatian adalah komen yang menyentuh soal masa depan dan penghijrahan. 

Nanti bila dah berhijab…mesti dia malu kan apa yg dia tunjukkan.

Ada juga yang mengkritik secara terus-terang terkejut melihat fesyen yang digayakan Ameera di luar negara.

Ibu Ameera, Datin Noor Kartini turut tidak terlepas daripada sindiran apabila netizen merasakan beliau terlalu mempertahankan anak gadisnya meskipun sudah banyak teguran dibuat.

Pssttt! Isu sebegini bukan soal benci, tapi lebih kepada nasihat dan batas dalam budaya serta agama yang perlu dijaga. Semoga Ameera ambil teguran dengan baik.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas