Oh! Artis
Netizen Soal Shila Amzah Bekas Suami Datang Jenguk Anak Atau Tidak, Ini Jawapannya
Baru-baru ini, ada individu yang bertanya kepada Shila Amzah adakah bekas suaminya, Haris Idraki pernah melawat anak mereka, Seth Uwais selama ini atau tidak telah mengundang perhatian ramai.
Menurut laporan Beautifulnara, difahamkan yang soalan itu diajukan kerana jarang melihat kelibat Haris bersama anaknya itu.
Terbaru! Shila Amzah tampil menjawab persoalan itu dan berkata dirinya lebih utamakan kegembiraan Seth Uwais.
Bukan tu jer, Shila juga sempat meminta pengikutnya untuk mendoakan perkara yang baik-baik untuk anak tunggalnya itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Tercipta itu berkongsi yang dirinya begitu teruja dan sebak apabila melihat anaknya memulakan hari pertama persekolahan. Wah! Besar dah ya Seth Uwais..
Untuk info, Shila dan Haris Idraki pernah mendirikan rumah tangga pada April 2018 sebelum bercerai pada tahun 2022.
Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini sudah berusia empat tahun.
Kredit: Instagram Shila Amzah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM