
Oh! Artis
Netizen Kesian Tengok Fatin Afeefa Bangun Ambil Makanan, Suami Duduk Di Meja Main Telefon
Oleh
Sejak berkahwin dengan seorang jutawan, nama pelakon Fatin Afeefa sering menjadi perhatian ramai. Tindak tanduk pasangannya, Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai hangat dibualkan sehingga ada netizen melabelkan dia sebagai ‘red flag’.
BACA: “Macam Budak Rempit Dah Kaya” – Netizen Bengang Suami Fatin Afeefa Kerap ‘Degrade’ Isteri
Terbaru, tular pula rakaman video memaparkan aktres itu di sebuah majlis. Berdasarkan video, pelakon Tentang Bulan itu sedang beratur sambil memegang dua biji pinggan untuk mengambil makanan.
@yoursbabe_11 Comel je faaten #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia ♬ original sound – Yours_
Kedengaran perakam mengusik berkata Opai tak boleh ‘pakai’ kerana membiarkan isteri ambil makanan untuk dirinya. Dia pula duduk di meja sambil bermain telefon.
Namun, selebriti cantik itu hanya tersenyum dan tak kisah melayani suaminya sendiri. Apa salahnya kan?

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen selepas melihat situasi itu. Mereka memberikan pendapat masing-masing mengenai hal-hal kecil dalam rumahtangga.



Ada juga yang bersimpati dan berpendapat situasi itu seolah-olah terbalik. Biasanya isteri yang akan ‘cop’ tempat di meja dan suami ambilkan makanan. Eh betul ke macam tu?
Kredit: TikTok @yoursbabe_11
