Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Putus Cinta Hanya Gimik Untuk Lancar ‘Single’ Terbaru?

Untitled Design   1

Oh! Artis

Janna Nick Putus Cinta Hanya Gimik Untuk Lancar ‘Single’ Terbaru?

Pasti rata-rata peminat pelakon dan penyanyi, Janna Nick terkejut dan berasa simpati selepas dia sendiri umum telah berpisah dengan teman lelakinya, Dini Dini Schatzmann.

Tapi perkara tersebut telah membuatkan netizen fikir lain selepas Janna memuat naik satu video yang menunjukkan Nabila Razali sedang menyanyikan lagu bertahuk Mentari Setia. Dah kenapa?

Thank you sahabat. Thank you sebab ada di waktu aku down. Love you, bella.

Janna turut meluahkan rasa syukur dengan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua serta memaklumkan dia bakal berkongsi video sesiapa yang membuat cover menyanyikan lagu tersebut.

IKLAN

Kalau korang perasan dekat ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa hubungan Janna dan Dini yang dikatakan telah putus itu adalah gimik. Netizen juga beranggapan yang lagu dinyanyikan Nabila Razali itu adalah single terbaru Janna yang bakal keluar tak lama lagi. Seriuslah?

Bukan tu jer, masih ada netizen yang memberi kata-kata semangat dan meminta agar pelakon itu bersabar dengan apa yang jadi.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada hubungan mereka benar-benar telah putus ataupun hanya gimik untuk keluarkan single terbaru seperti yang didakwa netizen. Apa pandangan korang?

Kredit: Instagram Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas