Oh! Artis
Netizen Dakwa Amir Ahnaf Alami “Culture Shock” Selepas Gambar Mesra Tersebar
Pelakon muda, Amir Ahnaf, menjadi bualan hangat di media sosial selepas beberapa gambar mesranya bersama seorang wanita tersebar.
Pendedahan ini dibuat oleh seorang individu yang mendakwa sudah setahun menanti pelakon tersebut, namun merasakan kehidupan mereka tidak sekufu.
Dalam perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai guinevere119 mendakwa dia akhirnya terpaksa memilih untuk melupakan pelakon itu setelah mengetahui hubungan Amir dengan wanita lain.
Amir Ahnaf Culture Shock di KL?
Susulan pendedahan itu, netizen mula mempersoal tentang kehidupan Amir semenjak bergelar artis. Beberapa pengguna aplikasi X mendakwa Amir mungkin mengalami culture shock atau kejutan budaya selepas berpindah ke Kuala Lumpur.
Amir Ahnaf ni boleh jadi alami kejutan budaya. Memang orang luar KL ni kalau depa datang KL, habis rosak dah. Agama semua la ditinggal belakangnya. Hang mai KL jangan bawa diri sangat, iman tu bro. Anyways, aku kecewa sangat tapi tak terkejut pun.- Tulis seorang pengguna X.

Ada yang sokong ada yang tidak…
Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan pandangan bahawa kejutan budaya boleh berlaku kepada mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.
Namun, tidak kurang juga yang menafikan tuduhan tersebut, menyatakan bahawa kejutan budaya tidak semestinya berlaku kepada semua orang.

Sementara itu, ramai yang masih terkejut dengan isu ini, terutamanya bagi mereka yang meminati dan mengikuti perkembangan Amir Ahnaf sejak penyertaannya dalam Hero Remaja.

Amir Didakwa Mempermainkan Perasaan?
Terdahulu, terdapat dakwaan bahawa Amir Ahnaf mempermainkan hati seseorang apabila didapati sudah mempunyai teman wanita baharu.
Pendedahan tersebut dibuat oleh individu yang mengaku terpaksa melupakan pelakon itu kerana orang ramai sudah mengetahui hubungan Amir dengan wanita lain.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM