Connect with us

Oh! Media

Nenek Syasya Dolla Rupanya Seorang Pelakon Veteran, Tegur Cucu Untuk Berubah!

Syasyadolla ohmedia

Oh! Artis

Nenek Syasya Dolla Rupanya Seorang Pelakon Veteran, Tegur Cucu Untuk Berubah!

Persembahan kumpulan Dolla sering mendapat kritikan dek kerana penampilan mereka yang terlalu seksi dan terbuka. Lihat sahaja muzik video yang dihasilkan mereka mahupun persembahan di atas pentas, pasti akan dikritik.

BACA: Riak Wajah Pelajar-Pelajar Tahfiz Ketika Dolla Buat Persembahan Di Majlis Iftar Tarik Perhatian Netizen

Penampilan seksi salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal turut mendapat teguran neneknya yang juga merupakan seorang pelakon veteran iaitu Rozie Othman.

IKLAN
Syasya Dolla

Syasya Dolla sering dinasihati neneknya untuk berubah…

Memetik laporan Harian Metro, Rozie menjelaskan sudah beberapa kali menasihati cucu tersayang untuk berubah.

Mengenai pemakaian seksi Syasya itu saya tahu dan sudah cuba menasihatinya. Saya cakap pada dia, seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah.

Syasya Dolla

Boleh faham jiwa orang muda ni tapi…

Rozie bagaimanapun faham jiwa orang muda yang suka mencuba apa sahaja tetapi harapkan cucunya itu dapat perlahan-lahan berubah lebih baik.

Saya pun dulu pernah muda seperti dia. Jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat diberikan itu.

Saya doakan yang baik-baik untuk dia agar mendapat hidayah daripada Allah. Saya juga berharap dia akan terus berjaya di dalam karier seni diceburinya ini. Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi.

Sebelum ini, Syasya penah memaklumkan tidak mahu menggunakan populariti neneknya untuk naik dalam dunia seni dan cuba berdikari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas