Connect with us

Oh! Media

Neelofa & Suami Ambil Masa 4 Jam Lamanya Beri Keterangan Pada Pihak Polis

Oh! Artis

Neelofa & Suami Ambil Masa 4 Jam Lamanya Beri Keterangan Pada Pihak Polis

Susulan dakwaan melanggar SOP rentas negeri, Neelofa dan suaminya PU Riz sekali lagi dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan berikutan gambar tersebar menunjukkan mereka berada di Nilai Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

Mereka dikatakan telah memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan perkara itu dan pihak polis turut mengambil keterangan dari pemilik premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Borong Nilai 3.

Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dikemas kini. Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung fakta isu ini. – Katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas