Connect with us

Oh! Media

Neelofa Dan PU Riz Dilihat Berada Di Seremban

Oh! Artis

Neelofa Dan PU Riz Dilihat Berada Di Seremban

Hari ini Neelofa dan suaminya PU Haris dilihat berada di Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi tadi. Mereka dilaporkan hadir bagi sebutan semula kes pendakwaan melanggar SOP PKPB.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas tersebar gambar menunjukkan pasangan ini pergi ke sebuah kedai karpet di Nilai 3 sedangkan pada waktu itu SOP tidak membenarkan sebarang aktiviti merentas negeri. Kesalahan itu dilakukan pada 2 Mei lalu.

Bersama mereka ada peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama pasukan peguam Neelofa di Mahkamah Majisteret, Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat.

Mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei.

Neelofa kemudiannya dikenakan jaminan RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini untuk membeli karpet.

Info lanjut mengenai perkembangan hari ini akan dikemaskini.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas