Oh! Artis
“Nampak Serabut, Macam Minah Rempit Baru Nak Up” – Netizen Kecam Fesyen Freehair Mawar Rashid
Oleh
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid mengejutkan para pengikut media sosial apabila tampil dengan imej tidak bertudung awal Oktober lalu.
Mawar tak menjelaskan sebab utama namun meminta maaf berkata dia sudah berusaha untuk kekal istiqamah.
BACA: “Selamat Tinggal Dunia” – Dah Cuba Tapi Gagal, Mawar Rashid Akhirnya Buka Tudung
Terbaru, netizen mengkritik foto freehair yang dimuat naik Mawar. Foto itu menunjukkan bekas peserta Dewi Remaja ini dengan imej berambut pendek memakai baju hitam dan seluar jeans biru.


Menurut netizen, Mawar sudah hilang ‘seri’ dan kelihatan serabut. Ada juga yang kata imej itu seakan-akan minah rempit baru nak up.


Netizen membandingkan dengan imej Mawar sebelum ini yang nampak lebih classy dan sopan, sesuai dengan gelarannya iaitu iaitu ibu kepada tiga orang anak.
Kredit: Instagram Mawar Rashid
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
