Oh! Artis
“Selamat Tinggal Dunia” – Dah Cuba Tapi Gagal, Mawar Rashid Akhirnya Buka Tudung
Oleh
Pelakon dan influencer terkenal, Mawar Rashid mengejutkan para peminat apabila memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram. Apa dah jadi?
BACA: ‘Tak Bermaksud Pun..’ – Dikecam Gara-Gara Pertahan Neelofa, Mawar Rashid Beri Penjelasan
Di ruangan kapsyen perkongsian itu, Mawar memohon maaf menyatakan dia dah cuba tetapi gagal. Pelakon ini juga menutup komen untuk kesemua hantaran Instagramnya.


Di Instagram Story pula, isteri kepada Raf Yaakob ini mengucapkan selamat tinggal kepada dunia. Mawar akan kembali apabila mentalnya sudah bersedia.

Terdahulu, Mawar mengaku dia mengalami masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk sejak 2021. Dia mula perasan terkena serangan panik ketika mengandungkan anak kedua, Raden Seri Rosabella Cinta.
Kredit: Instagram Mawar Rashid
