
Oh! Artis
Lelaki Otak Kuning Komen Tak Senonoh Pasal Leona Dikecam Netizen, “Sembang Pasal Kereta Je”
Oleh
Anak perempuan Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi sasaran lelaki-lelaki ‘otak kuning’ yang meninggalkan komen tak senonoh di video perkongsian media sosialnya.
BACA: “Nak Pinjam Leona Semalaman” – Muka Kena ‘Expose’, Lelaki Komen Lucah Tampil Mohon Maaf
Segelintir lelaki meninggalkan komen double meaning kononnya berbual tentang kereta selepas melihat susuk seorang lelaki di dalam bilik tidur Leona. Tapi lelaki itu sebenarnya kembar Leona bernama Rees.
Leona jadi sasaran lelaki otak kuning
Tangkap layar komen-komen tersebut telah dimuat naik oleh seorang warganet di Twitter yang menghentam tindakan semua individu yang memberikan respon berunsur lucah itu.
Konon sembang pasal kereta
Leona updated a video of her in her college room along with a guy(her twin) in the back and look at this jantan melayu busuk bodoh commented
— YamVaxxed&Boosted (@mrmnzr) June 16, 2023
Jantan melayu tiktok mmg mulut sial eh sembang ckp pasal kereta je bagai..padahal we very damn well knew wht he meant..bodoh pic.twitter.com/b7jR1RCCP6
Ramai netizen yang membalas tweet tersebut dan melepaskan geram mereka terhadap sesetengah lelaki yang gemar memberikan komen sebegitu terhadap wanita.
Rata-ratanya berkata sikap lelaki seperti itu teruk dan memalukan serta tidak berfikir tentang ahli keluarga mahu pun pasangan mereka ketika memberikan komen seperti itu.
Kredit: Twitter
