Connect with us

Oh! Media

Nama Syazwan Zulkifli Pula Dipetik Tergamak Belasah Kekasih, Ini Respon Tuan Badan

syazwan zulkifli ohmedia

Oh! Artis

Nama Syazwan Zulkifli Pula Dipetik Tergamak Belasah Kekasih, Ini Respon Tuan Badan

Sebelum ini Ammar Alfian menafikan dakwaan mengenai laporan seorang pelakon lelaki berbadan sado tergamak membelasah kekasihnya. Kali ini, nama Syazwan Zulkifli pula kena petik.

BACA: Nama Ammar Alfian Dipetik Belasah Teman Wanita, Tuan Badan Akhirnya Beri Respon

Menurut laporan Oh! Bulan, ada segelintir netizen yang menuduh dan mengaitkan Syazwan dengan berita tersebut menerusi ruangan komen di satu hantaran di Instagram miliknya.

IKLAN

Pelakon lelaki itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan meminta agar netizen selidik terlebih dahulu sebelum menunding jari.

Brother, itu bukan gua brother. Malu lah sikit main tuduh-tuduh orang macam ini.

Sebelum ini kecoh apabila seorang pelakon lelaki berbadan sado yang pernah berlakon dalam sebuah filem box-office tergamak membelasah kekasihnya di sebuah kondominum di Damansara.

Pelakon itu didakwa memukul mata dan badan kekasihnya itu semasa pertengkaran antara mereka berlaku.

Kredit: Oh! Bulan | Instagram Syazwan Zulkifli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas