Connect with us

Oh! Media

Nama Nadeera Zaini Dipetik Kena Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Pengurus Tampil Bersuara!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Nama Nadeera Zaini Dipetik Kena Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Pengurus Tampil Bersuara!

Kecoh di media sosial mengenai seorang penyanyi wanita yang ditangkap khalwat dengan suami orang sejak semalam dan nama penyanyi, Nadeera Zaini turut dikaitkan dengan kontroversi ini.

Pengurus Nadeera Zaini tampil bersuara

Copy of Untitled Design   1

Menurut laporan Berita Harian, pengurus Nadeera yang dikenali sebagai Acap menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa penyanyi itu sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL39) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera. Tiada sebarang komen daripada Nadeera kerana itu bukan dirinya.

Persiapan AJL39 terganggu?

Copy of Untitled Design   1

Menurut Acap, Nadeera sedang fokus membuat persiapan bagi pentas AJL pertamanya, namun isu ini sedikit sebanyak mengganggu tumpuan penyanyi itu.

IKLAN

Berita itu memang mengganggu tumpuan latihan Nadeera untuk AJL39. Sejak berita ini tersebar, ramai menghubunginya untuk kepastian.

Beliau turut meminta orang ramai tidak terus mengaitkan Nadeera dengan kontroversi ini supaya penyanyi itu dapat memberi tumpuan penuh pada persembahannya nanti.

#ApaKataOhmedia

Jangan mudah percaya dengan spekulasi yang belum disahkan. Sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan ia benar agar tidak menjejaskan nama baik individu lain!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas