
Oh! Artis
Nama Kena Petik, Uqasha Senrose Kesal Tiba-Tiba Difitnah Rakan Sekolah
Oleh
Ketika diri sedang bersedih dengan insiden di Singapura, nama pelakon Uqasha Senrose panas pula dengan dakwaan membuli seorang rakan sekelas di sekolah menengah.
Dakwaan itu dibuat seorang pengguna Twitter yang berkata apa yang berlaku pada Uqasha adalah balasan di atas perbuatan lampau.
Uqasha Senrose dituduh membuli


Selepas 15 tahun berlalu, individu itu berkata dia masih tak dapat memaafkan Uqasha yang didakwa telah menyebabkan dirinya trauma. Tuduhan yang dibuat individu tersebut membuatkan nama Uqasha trending di carian Twitter.
Tak berdiam diri, isteri kepada Kamal Adli dilihat menjawab kepada tuduhan yang dibuat. Jelas Uqasha, dalam keadaan masih terkejut dan trauma dengan kejadian di Singapura, tiba-tiba dia difitnah membuli pula.




Aktres ini berkata, pihak polis akan membuat siasatan lanjut berhubung fitnah yang dibuat.
Kredit: Twitter Uqasha Senrose
