Connect with us

Oh! Media

Nama Kena ‘Petik’ Dalam IG Live, Nana Lapor Polis Dan Tuntut Permohonan Maaf

Cover Photo Om 1200 X 675 7

Oh! Artis

Nama Kena ‘Petik’ Dalam IG Live, Nana Lapor Polis Dan Tuntut Permohonan Maaf

Juara program Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana membuat laporan polis selepas namanya dikatakan dikaitkan dalam Instagram Live membabitkan beberapa individu beberapa hari lalu. Penyanyi yang dilebih dikenali sebagai Nana ini turut menuntut individu terlibat membuat permohonan maaf.

Memetik laporan Harian Metro, peguamnya, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates berkata draf permohonan maaf sedang diproses dan notis akan dikemukakan Isnin ini. Sekiranya mereka ingkar, pihaknya akan memfailkan saman.

Siti Nordiana

Walaupun sesi Instagram Live mereka sudah dipadam, tapi sedutannya ada dimuat naik di YouTube. Segala perbualan memang ada merujuk kepada Nana dengan kenyataan berbaur fitnah.

Kami sudah berbincang untuk meneruskan untuk memberi notis tuntutan maaf daripada mereka nanti. Kami memberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka memberi respon. Jika tidak, kita akan saman.

Tambahnya, dalam sesi langsung berkenaan, nama Nana memang ada disebut dan dakwaan yang dibuat adalah tidak benar.

IKLAN
Instagram Siti Nordiana

Siti Nordiana mengambil keputusan lapor polis untuk membersihkan namanya daripada dakwaan yang berunsur fitnah itu. Jelasnya, apa yang didakwa boleh menjejaskan nama dan reputasinya.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini berkata, masalah yang timbul sepatutnya dibincang secara profesional bukannya dibawa kepada umum.

Yang saya ralat adalah apabila perbincangan itu dibuat menerusi Instagram Live pula. Saya tak pasti kenapa dan kalau ada hal yang mereka tak puas hati, kenapa perlu dibuat siaran langsung kerana boleh saja berhubung secara profesional.

Nana yang mengakui terkejut dan sedih melihat live tersebut segera mendapatkan nasihat peguam dalam menyelesaikan hal ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas