Connect with us

Oh! Media

“Nak Tips Rentas Negeri” – Netizen Kritik Isa Khan Dan Risteena Berbulan Madu Di Sabah

isa khan dan nur risteena rentas negeri

Oh! Artis

“Nak Tips Rentas Negeri” – Netizen Kritik Isa Khan Dan Risteena Berbulan Madu Di Sabah

Anda mesti ada terbaca mengenai kisah seorang ‘instafamous’ yang baru-baru ini dikecam netizen kerana memberikan keterangan lain daripada apa yang disampaikan kepada pengikut mengenai alasan mereka merentas negeri.

ADVERTISEMENT

Walaupun pada asalnya dikatakan menggunakan alasan untuk ‘honeymoon’ bagi mendapatkan surat kebenaran, kemudiannya mereka menukar alasan kepada atas urusan perniagaan apabila hal tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa.

Baru sahaja mendirikan perkahwinan seminggu yang lalu, pasangan pengantin baru iaitu Nur Risteena Munim dan Isa Khan turut menerima tempias kritikan yang sama.

BACA: Tahniah! Isa Khan Dan Nur Risteena Sah Bergelar Suami Isteri

View this post on Instagram

A post shared by ™ ???? ??? (@theisakhan)

Kalau anda perasan, dalam beberapa hari ini, pasangan itu ada berkongsi beberapa foto dan video di Instagram masing-masing di mana mereka kelihatan sedang bercuti di Semporna, Sabah.

Disebabkan peraturan yang mengatakan bahawa rakyat perlu mendapatkan kebenaran untuk merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan, ramai yang mempersoal sebab pasangan selebriti itu ke sana.

isa khan dan nur risteena rentas negeriisa khan dan nur risteena rentas negeriMalah ada yang menegur Risteena dan Isa Khan yang dilihat tidak mengenakan pelitup muka walaupun di dalam beberapa keping foto yang dimuat naik.

isa khan dan nur risteena rentas negeri isa khan dan nur risteena rentas negeri isa khan dan nur risteena rentas negeri isa khan dan nur risteena rentas negeri isa khan dan nur risteena rentas negeri isa khan dan nur risteena rentas negeri

Rata-rata netizen sepertinya mahukan penjelasan daripada pasangan pengantin baru ini apabila mereka dengan mudahnya boleh merentas negeri meskipun tidak dibolehkan sepatutnya mengikut arahan kerajaan kini.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas