Connect with us

Oh! Media

Tahniah! Isa Khan Dan Nur Risteena Sah Bergelar Suami Isteri

Oh! Artis

Tahniah! Isa Khan Dan Nur Risteena Sah Bergelar Suami Isteri

Siapa sahaja yang tak kenal dengan pasangan merpati dua sejoli iaitu Isa Khan dan Risteena Munim? Tidak segan menunjukkan rasa kasih sayang antara mereka, ramai yang mendoakan agar pasangan ini segera ke jinjang pelamin.

Makin bertambah teruja apabila mereka berkongsi pelbagai foto semasa majlis berinai yang dijalankan secara meriah pada malam semalam.

Risteena Dan Isa Khan Nikah

IKLAN

Disebabkan oleh doa semua peminat, impian itu menjadi kenyataan apabila pasangan itu dikhabarkan sudah selamat bernikah sebentar sahaja tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dengan busana lengkap berwarna putih, Isa Khan dan Risteena sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan tersebut dilihat dihadiri oleh ahli keluarga terdekat pasangan ini.

Malah Risteena sempat melakukan ‘live’ di Instagram bagi berkongsi momen indah tersebut bersama peminat.

Apa pun, tahniah buat pengantin baru ini!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas