
Oh! Artis
“Nak Party Tak Perlu Share Media Sosial” – Azhar Sulaiman Nasihat Leona Supaya ‘Be Smart’
Oleh
Sejak semalam, nama anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi perhatian gara-gara video berbikini ketika mandi sungai.
BACA: Leona Dah ‘Remove’, Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Bikini Putih
Sebagai bapa, Azhar atau lebih mesra disapa Mami sudah tentu terkena tempiasnya. Iyalah, tak cukup anak, bapak pun kena kritik sekali.

Terbaru, pelakon ini menasihati anaknya supaya menjadi lebih bijak dan menjaga sensitiviti pengikut media sosialnya yang kebanyakan beragama Islam.
@theazharsulaiman Please be smart like me Leona…..!
♬ original sound – AzharSulaiman
Pelakon ini juga berkongsi rahsia bagaimana dia boleh kekal lama dalam industri seni hiburan sehingga ke hari ini.
Be smart la macam Daddy, kalau Daddy pergi party, pergi Changkat ke, pergi jimba ke private party.. Daddy tak share dekat media sosial. So i am smart. Kamu pun kena buat benda sama la.
Azhar berseloroh berpesan kepada Leona supaya tak bocorkan rahsia ini kepada ibunya. Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan nasihat ‘jujur’ itu.
Menurut Azhar, dia mengambil pendekatan menjadi kelakar atau gila-gila dalam memberi nasihat buat anak-anak.
Kredit: TikTok @theazharsulaiman
