Connect with us

Oh! Media

Leona Dah ‘Remove’, Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Bikini Putih

azhar sulaiman

Oh! Artis

Leona Dah ‘Remove’, Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Bikini Putih

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mengundang kontroversi apabila memakai bikini putih ketika sedang mandi manda di sebatang sungai.

ADVERTISEMENT

Sudah tentu bapanya menerima tempias daripada video panas tersebut. Ada yang meninggalkan pesanan supaya Azhar menasihati anaknya itu.

BACA: “Terbaik Ini Kita Mahu” – Video Leona Mandi Sungai Undang Perhatian Netizen

Terbaru, di TikTok pelakon drama bersiri Project High Council ini bersyukur anaknya itu sudah memadam video dan tak memanjangkan lagi isu panas tersebut.

@theazharsulaiman

Syukur Alhamdullilah Kami tak sempat tengok video Bikini Putih….. Salam Subuh Geng!

♬ original sound – AzharSulaiman

Sebagai bapa, dia sudah tentu mendoakan yang terbaik buat anaknya itu dan berharap Leona akan belajar sesuatu.

Syukur alhamdullilah kami tak sempat tengok video bikini putih.

Selain video penjelasan ini, Azhar turut memuat naik satu lagi video memaparkan Leona memakai baju kurung design moden berwarna putih. Azhar berseloroh berkata baju putih tersebut lebih manis.

@theazharsulaiman

Baju putih ni lebih Manis Leona…..

♬ original sound – AzharSulaiman

Di ruangan komen, orang ramai memberi kata-kata semangat buat ibu bapa yang diuji dengan keadaan sebegini. Mereka juga berharap Leona dapat menjaga nama baik bapanya sebagai selebriti yang dikenali ramai.

azhar sulaiman

Kredit: TikTok Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas