Connect with us

Oh! Media

“Nak Maki, Maki Jelah Watak Tu” – Nazim Othman ‘Pening Kepala’, Netizen Terlebih Emosi

Oh! Artis

“Nak Maki, Maki Jelah Watak Tu” – Nazim Othman ‘Pening Kepala’, Netizen Terlebih Emosi

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin, ‘Takdir Yang Tertulis’ nampaknya semakin mendapat sambutan apabila setiap episod menjadi trending di Twitter. Ramai yang geram apabila Juwita lakonan Nad Zainal menjadi mangsa penindasan suami sendiri iaitu Azlan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengganti Janna Nick Dan Diana Danielle, Nad Zainal Tak Kisah Bukan Pilihan Asal Untuk ‘Takdir Yang Tertulis’

Sebagai pelakon yang membawakan watak Azlan, Nazim Othman mengaku menerima makian netizen di media sosial. Malah, sebelum ini, Elvina yang melakonkan watak Ruhila turut menerima nasib yang sama.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Korang ni kan? Tahulah korang marah, emo, geram tengok drama tu tapi yang tak fahamnya kenapa nak maki pelakon pulak? Nak maki, maki jelah watak tu, jangan maki pelakon. Okay? Cara korang tu macam saya ni betul-betul husband kepada Nad Zainal dengan Elvina. Adui peningla. Saya ni single. Faham tak single?

Menerusi perkongsian video, Nazim menegur sikap segelintir penonton yang tidak tahu membezakan antara realiti dan lakonan. Dia dimaki hamun seolah-olah benar-benar menjadi suami dan melakukan penganiayaan kepada Nad Zainal.

Di ruangan komen, pengarah drama iaitu Shahrulezad berseloroh tidak mahu lagi menghasilkan drama seperti ini gara-gara netizen yang terlebih ’emosi’. Nazim Othman juga dilihat sporting melayan ragam penonton yang melucukan. Adoi!

Kredit : Nazim Othman

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas