Connect with us

Oh! Media

Nak Kejar Ilmu, Najwa Latif Sambung PhD

Oh! Artis

Nak Kejar Ilmu, Najwa Latif Sambung PhD

Mesti ramai yang masih ingat dengan penyanyi, Najwa Latif yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku suatu ketika dahulu. Penyanyi ini senyap seketika daripada dunia hiburan apabila mengambil keputusan bergelar seorang pendidik sepenuh masa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tidak Terfikir Untuk Berhenti Menyanyi Walaupun Bergelar Seorang Pensyarah – Najwa Latif

Terkini, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif dilaporkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, tujuannya sambung belajar adalah untuk mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai pendidik.

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

Najwa berkata lagi, dia akan terus belajar dan belajar walaupun pengajian PhD sudah habis. Najwa yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris di UNITAR International University turut mengaku teruja dengan perjalanan barunya ini.

Jelas penyanyi ini, tempoh pengajian mengambil masa tiga ke enam tahun. Ini bermakna jauh lagi perjalanannya untuk mendapatkan gelaran doktor, namun dia menganggap gelaran itu satu pencapaian luar biasa untuk dirinya yang pernah tidak minat akademik.

Untuk rekod, pada 2019, Najwa telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas