Connect with us

Oh! Media

“Nak Hidup Dan Mati Dengan Awak Seorang” – Kamal Adli

Kamal Adli

Oh! Artis

“Nak Hidup Dan Mati Dengan Awak Seorang” – Kamal Adli

Bagai pinang dibelah dua, itulah yang dapat digambarkan dengan pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Mengikat tali pertunangan pada April lalu, pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

BACA: Uqasha Senrose & Kamal Adli Rancang Nikah Di Tanah Tinggi

Kamal yang dikenali dengan sikap romantis sekali lagi membuatkan Uqasha terharu. Mana tidaknya, dia dilihat melayangkan kata-kata romantis dalam sekeping kad ucapan sempena majlis parti bujang ‘bridal shower’ bakal isterinya itu.

IKLAN
176064674 295094502074430 2620239036931939260 n

Sayang, I love you so much. Awak sangat cantik. Awak terbaik untuk saya. You are the best things happen in my life. I don’t want to lose you sayang.

We can get through all this. Nak hidup dan mati dengan awak seorang.

Dalam perkongsian yang dimuat naik Uqasha Senrose di Instagram Story, Kamal meluahkan rasa cinta tidak terhingga dan perasaan tidak sanggup kehilangannya. Wah sweet betul!

Kamal Adli

Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan pasangan ini mula diperkatakan apabila Kamal Adli dilihat hadir ke sebuah butik popular.

Walau pun tiada sebarang pengesahan dilakukan, orang ramai meneka mereka bakal bernikah minggu ini.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Semoga ikatan suci yang dibina kekal sehingga ke akhirnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas