Connect with us

Oh! Media

Uqasha Senrose & Kamal Adli Rancang Nikah Di Tanah Tinggi

Ohmedia kamal uqasha

Oh! Artis

Uqasha Senrose & Kamal Adli Rancang Nikah Di Tanah Tinggi

Ok kita rehat kejap dengan cerita sis Neelofa kita tu, kita bagi peluang cerita majlis pernikahan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli pula. Dengar cerita nak buat majlis dekat tempat tinggi. Betul ke?

Memetik laporan Harian Metro, mereka bercadang untuk mengadakan majlis pernikahan di pusat peranginan tanah tinggi akan tetapi masih tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis bakal diadakan. Apapun katanya persiapan semua dah hampir siap.

Tarikhnya biarlah kami simpan dulu. Bila semuanya sudah muktamad, kami sendiri akan kongsikannya. Setakat ini, persiapan untuk majlis kami sudah 80 peratus siap dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. – Kata Uqasha kepada Harian Metro.

Mereka juga menyatakan yang akan ada 3 majlis berasingan antara keluarga, kenalan dan rakan artis serta media kerana perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

IKLAN

Sebenarnya ramai yang tak sabar nak tengok mereka disatukan selepas Uqasha terima lamaran Kamal masa buat lamaran dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 tahun lepas. Semoga semuanya berjalan lancar lah ya. Yang penting ikut SOP.

Kredit: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas