Connect with us

Oh! Media

Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan, Buktikan Ia Bukan Gimik

Nabila razali ohmedia

Oh! Artis

Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan, Buktikan Ia Bukan Gimik

Nabila Razali buktikan lamaran kekasih bukan gimik lagu baru! Ini apabila Nabila sudahpun sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi tadi.

BACA: “I Said YES”, Kali Ini Bukan Gimik, Nabila Razali Sah Bakal Tamatkan Zaman Bujang!

Nur Nabila Mohd Razali dinikahkah oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Bin Che Lah yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

IKLAN
Image 28

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini.

Tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami.

Majlis resepsi pasangan ini pula akan berlangsung petang ini dengan tema Garden party formal di tempat sama.

Dengan ini kami di Ohmedia mengucapkan selamat pengantin baru buat Nabila dan suami, semoga masjid yang dibina ini kekal hingga ke syurga.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas