Connect with us

Oh! Media

anak halim othman

Oh! Artis

Myra Natasya Berang Halim Othman Ubah Maklumat Di Surat Beranak, Dedah Sebenarnya Anak Luar Nikah

Sebelum ini, viral di media sosial pengakuan pelakon sedang meningkat naik, Myra Natasya Abdullah bahawa dia sebenarnya anak kepada bekas penyampai radio, Halim Othman.

Dalam pendedahan beberapa tahun lalu, Myra berkata Halim dan ibunya berkahwin di Thailand namun berpisah tak lama kemudian menyebabkan namanya berbinti Abdullah.

IKLAN

BACA: “Saya Terima Hakikat Myra Binti Abdullah, Percaya Ada Rahmat Di Sebaliknya” – Halim Othman

Terbaru! Myra menerusi Harian Metro mendedahkan cerita sebenar. Myra mendakwa cerita yang dicanangkan di media sosial sebelum ini palsu demi menjaga nama baik bapanya.

anak halim othman

Dakwa Myra, dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah kerana Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin.

Difahamkan, selebriti ini nekad memberitahu perkara sebenar kepada media kerana bapanya menukar maklumat di surat beranak tanpa kebenarannya.

Malah, ketika bertanyakan hal itu, bapanya dengan tegas berkata, dia tidak memerlukan kebenaran daripada Myra.

Dia meminta Myra bersyukur kerana tanpa benihnya Myra tidak akan wujud di dunia ini.

Status saya adalah tidak diiktiraf. Jadi, saya tidak boleh diwalikan oleh Halim Othman jika saya berkahwin nanti kerana status saya.

Bagi saya benda sudah terjadi, cukuplah. Selepas pendedahan berkenaan saya berbintikan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari Halim untuk dapatkan butir lanjut.

Ketika itu dia kata yang dia tak nak buat apa-apa. Menurutnya benda yang dah lepas biarlah dan kita ‘move on’ ke hadapan. Jangan diheret kisah-kisah lama.

Dakwa Myra lagi, dia mendapat tahu Halim mengubah identiti asalnya dengan membuat sijil kelahiran baru tiga hari lalu.

Katanya, dalam sijil kelahiran asal tiada butiran bapa langsung (dikosongkan dan ditulis tidak berkaitan). Tapi dalam sijil kelahiran baharu ditulis butiran bapa.

anak halim othman

Wanita berumur 29 tahun ini mendakwa Halim memberikan kenyataan palsu dan tidak sepatutnya meletakkan butiran tersebut kerana tidak berkahwin dengan ibunya.

Apa motif dia nak ubah? Sebelum ini dia buat apa seperti tinggalkan saya dan mak, saya boleh sabar tapi kali ini dah lebih.

Yang paling menyakitkan hati, masa saya kecil, memang dia tak wujud. Bila dia dapat tahu mak saya mengandungkan saya, dia suruh mak gugurkan kandungan.

Tapi mak nekad lahirkan saya dan lari daripada dia. Mak jumpa dengan seorang lelaki Cina dan dialah yang jaga saya dari kecil sampai besar.

Semuanya dari saya masuk universiti dan barang keperluan, dia yang jaga sampai sekarang.

Menurut Myra, 29 tahun lalu lelaki Cina itulah yang mendaftarkan kelahirannya. Dia tak dapat membayangkan perasaan apabila Halim meletakkan nama lelaki Cina itu sebagai pemberi maklumat.

Ia dibuat tanpa pengetahuan lelaki itu. Dia gunakan nama lelaki itu sebagai saksi untuk dia ubah sijil kelahiran.

Dengan penuh rasa sakit hati, Myra mendakwa Halim tidak mahu melayaninya berkaitan isu ini dan terus menyekat akaun Instagram membuat Myra nekad mendedahkan hal sebenar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas