Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Saya Patut Dedahkan Rakaman” – Anak Tiri Nafi Dakwaan Gelar Nora Ariffin ‘Perempuan Jahat’

Ohmedia nora Ariffin 1

Oh! Artis

“Mungkin Saya Patut Dedahkan Rakaman” – Anak Tiri Nafi Dakwaan Gelar Nora Ariffin ‘Perempuan Jahat’

Seorang individu dipercayai anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di platform X.

Pemilik akaun @missrushdi, yang dikenali sebagai Aya, menafikan dakwaan kononnya dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata tidak baik.

Individu dipercayai anak tiri nafi dakwaan Nora Ariffin

Dalam hantaran tersebut, Aya menegaskan bahawa dia tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian dan mempersoalkan bila serta di mana perkara itu berlaku.

IKLAN
Nora Ariffin

Menurut Aya, penyanyi tersebut didakwa telah beberapa kali cuba memburukkan keluarganya. Namun, keluarga mereka memilih untuk berdiam diri selama ini.

Lebih mengejutkan, Aya mendakwa mempunyai bukti kukuh termasuk mesej suara, tangkap layar, dan perbualan yang disimpan rapi.

Dakwa ada bukti rakaman

Anak Tiri Nora Ariffin
Nora Ariffin

Aya juga memberi amaran bahawa dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan bukti rakaman suara yang didakwa mengandungi maki hamun itu kepada pihak media jika perlu.

Meninjau ke Instagram, penyanyi Nora Ariffin ada memuat naik foto membuat pertemuan dengan seorang peguam. Namun, butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak diperincikan.

Nora Ariffin

#OhmediaNasihat

Konflik melibatkan keluarga sepatutnya diselesaikan secara tertutup untuk mengelakkan sebarang fitnah. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan boleh menjejaskan emosi semua pihak. Apa pun, kita semua harus berwaspada dengan tindakan dan kata-kata, lebih-lebih lagi di media sosial.

Ohmedia nora Ariffin 1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X @missrushdi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas