Connect with us

Oh! Media

“Manusia Hanya Merancang” – Nora Ariffin Rujuk Dengan Suami Dalam Tempoh Edah

Ohmedia nora Ariffin 2

Oh! Artis

“Manusia Hanya Merancang” – Nora Ariffin Rujuk Dengan Suami Dalam Tempoh Edah

“Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan”. Itulah yang diperkatakan penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengesahkan rujuk semula dengan Dr Rushdi Ramli dalam tempoh edah.

Menerusi laporan Berita Harian, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses dan tarikh mereka kembali bersama.

Pelantun lagu Hanya Satu ini bersyukur kemelut rumah tangga yang melanda akhirnya selesai dengan baik.

IKLAN

Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun tuhan yang menentukan. Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh idah.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin berharap perkara yang sama tidak lagi berulang.

Nora Ariffin

Beliau berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik dan menjadikan kisah mereka sebagai iktibar.

Terdahulu, Nora pada 15 Ogos memuat naik satu video di Instagram menunjukkan suaminya melafazkan cerai selepas selesai solat.

Namun, Nora berkata penceraian dilakukan bukanlah atas kehendak suaminya tetapi terpaksa.

Ohmedia nora Ariffin 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas