Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Masih Merajuk La Agaknya” – Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Balik Beraya

yusof haslam

Oh! Artis

“Mungkin Masih Merajuk La Agaknya” – Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Balik Beraya

Pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak berkecil hati dengan tindakan anak sulungnya, Syamsul Yusof yang tidak pulang beraya bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Mengalir Air Mata Datuk Yusof Haslam Dedah Sesuatu Mengenai Syamsul Yusof

Memetik laporan mStar, Yusof mendedahkan Syamsul ada menghubungi keluarga terdekat memberitahu dia menyayangi ibu bapanya.

Syamsul juga ada memberitahu hasrat untuk pulang tetapi kini masih sibuk dengan urusan pekerjaan.

yusof haslam

Sebagai seorang bapa, Yusof memberikan Syamsul masa dan memahami anaknya itu sibuk dengan penggambaran filem terbaru.

Mungkin dia masih merajuk la agaknya. Sebagai mak ayah kita tak ambil hati tapi anak-anak ni lain sikit.

Saya faham anak-anak ada jalur kehidupan mereka sendiri. Saya percaya apa yang disampaikan kepada sepupunya itulah suara hati sebenar dia.

Beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail juga sebenarnya sudah terbuka dan tiada rasa marah kepada anaknya.

yusof haslam

Jadi, sama ada Syamsul balik atau tidak itu sudah tidak menjadi satu hal. Mereka percaya Syamsul akan pulang juga bertemu ibu bapanya suatu hari nanti.

Tak mengapa saya pun tak mahu mengganggu dia. Sebagai ibu bapa, kalau kita yang mencari dia, rasa tak sedap pula.

Dari segi kerjaya pula, Yusof Haslam dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik dan berharap filem terbaru, The Original Gangster menerima sambutan hangat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas