Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Mengalir Air Mata Datuk Yusof Haslam Dedah Sesuatu Mengenai Syamsul Yusof

Penerbit, Datuk Yusof Haslam mendedahkan sesuatu mengenai anak lelakinya, Syamsul Yusof sehingga mengalir air mata. Sebaknya! Apa kes ni?

Menurut laporan Harian Metro, Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah dan kali terakhir adalah pada tahun lepas ketika neneknya yang juga ibu mertua kepada Yusof Haslam sakit. 

IKLAN

Mak dia ada hubungi dia, dia datang. Saya ada berjumpa dia, ada berbual sekejap dengan dia. Itu kali last (terakhir). Tapi sebelum itu lamalah, dah bertahun dia tak balik. Tapi tak apa saya tak mahu anggap yang bukan-bukan.

Bagi saya sebagai seorang anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati, ada benda yang tersentak dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa.

Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera.

Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Dah tentu kita tak tahu bila masa kita akan pergi. 

Ramai kawan-kawan seperjuangan saya telah pergi.

Bapa kepada pengarah terkenal itu juga mengingatkan agar jangan tunggu apabila tiba saat mereka sudah tiada baru nak mencari. 

Jangan menganggap apa sahaja yang papa dan mama luahkan itu sebagai kita nak merendah-rendahkan kamu. Tidak, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul. 

Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu terutamanya, dengan keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik.

Yusof Haslam kemudiannya terus mengalirkan air mata apabila ditanya adakah dirinya dan ahli keluarga lain merindui Syamsul.

Of course (dah tentu) kita sayang anak kita. Tiada istilah kita benci anak kita. Tapi saya pun dah letih dengan benda ini. Jiwa saya dah tenang sebenarnya dengan Datin. 

Kita terima, kita reda dengan apa yang berlaku. Saya doakan yang baik kepada anak saya. Kepada Syamsul, saya doakan filem-filem yang diarahkan The Original Gangster akan dapat sambutan yang baik. 

Papa tetap akan menyokong kamu walaupun kamu tidak bersama Skop Productions. Demi Allah tidak ada perasaan dendam, benci tidak ada.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas