Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat

Ohmedia mamat 2

Oh! Artis

“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat

Anggota kumpulan Sepah iaitu Mamat menafikan dakwaan cerita di dalam segmen Dol’s Podcast bersama Shuib adalah ditokok tambah.

BACA: “Dah Takde Nama Lain Ke Nak Tunggang” – Jep Sepahtu Buka Mulut Isu Cerita Di Podcast

Menerusi laporan Harian Metro, Mamat berkata, walaupun kejadian itu sudah berlaku 16 tahun lalu, dia bersyukur Allah SWT mengurniakan dirinya daya ingatan yang kuat.

IKLAN
Ohmedia mamat sepah

Terdahulu, Mamat dan Shuib mengimbau kembali kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat pencarian lawak.

Pelbagai kenangan pahit manis diceritakan termasuk insiden pergaduhan akibat tidak puas hati antara Shuib dan Jep.

Mungkin ada dalam kalangan kami sudah lupa setiap insiden yang berlaku, tapi saya masih ingat setiap babak-babak yang terjadi.

Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.

Jelas pelawak ini lagi, sejarah yang pernah terjadi tidak mungkin boleh dipadam walaupun mungkin ada yang sudah melupakan kenangan lama.

Ohmedia whatsapp image 2023 07 10 at 173546 e1688987812455

Kata Mamat, dia tidak pernah berniat untuk mengaibkan sesiapa malah kontroversi yang tercetus ini dianggap perkara kecil kerana dia pernah menghadapi ujian yang lebih besar.

Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. 

Mamat bagaimanapun tidak pernah terasa dengan rakan-rakannya kerana sudah menganggap mereka seperti adik beradik.

Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja.

Dia juga enggan mengeruhkan lagi keadaan dan mengakui hubungannya dengan Jep dan Shuib masih baik seperti biasa.

Ohmedia mamat 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas