Oh! Artis
“Dah Takde Nama Lain Ke Nak Tunggang” – Jep Sepahtu Buka Mulut Isu Cerita Di Podcast
Anggota kumpulan Sepahtu, Jep akhirnya bersuara dipercayai menjawab isu podcast yang dibuat beberapa rakan pelawak.
BACA: Mamat Imbau Kenangan Dulu-Dulu, Shuib Pernah Gaduh Besar Dengan Jep Sampai Nak Bertumbuk
Dalam satu hantaran di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri berkata apa yang diceritakan di dalam segmen podcast itu kebanyakannya rekaan dan ditokok tambah.

Pelawak ini menjelaskan, dia sebenarnya enggan melayani hal-hal remeh seperti itu. Namun, semakin dibiarkan semakin seronok pula pihak di sana bersembang
“Dah takde nama lain ke nak tunggang?” soal Jep.


Pelawak yang kini turut bertugas sebagai penyampai radio ini turut berharap penjelasan dapat menutup mulut orang-orang yang bertanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Instagram Jep Sepahtu
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM