Oh! Artis
Muaz Zabir Fokus Baiki Diri Dan Poket, Doa Terbaik Buat BASS
Muaz Zabir fokus baiki diri dan kewangan, tak komen tentang Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Pelakon Muaz Zabir kini mengakui dirinya sedang berada dalam fasa memperbaiki diri dan memperkukuh kehidupan secara menyeluruh dari segi peribadi, kerjaya, hingga kewangan.
Ketika ditemui media pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Petaling Jaya, Muaz, 28, berkata dia sedang berusaha keras untuk mengubah hidupnya ke arah lebih baik.
Saya difasa memperbetulkan diri sendiri, menebalkan poket sendiri. Sedang berusaha macam-macam untuk berniaga sedikit, belajar, mantapkan lakonan, ceburi bidang-bidang lain.- Katanya.
Muaz Zabir mahu sambung belajar secara PJJ…
Dalam usaha menjadi individu yang lebih baik, Muaz turut meluahkan hasratnya untuk menyambung pelajaran melalui pendidikan jarak jauh (PJJ).
Menurutnya, ini adalah sebahagian daripada langkah membina masa depan yang lebih stabil.
Saya rasa macam nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh (PJJ). Saya dalam fasa menjadikan diri lebih baik.- Katanya.
Enggan ulas lanjut hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq…
Dalam perkembangan lain, apabila ditanya tentang kebahagiaan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Muaz memilih untuk tidak memberikan sebarang komen panjang lebar mengenai kehidupan peribadi Bella.
Sebaliknya, dia menyatakan rasa gembira melihat Bella kini berada dalam keadaan yang lebih baik dan mendoakan kesejahteraan buat semua pihak yang terlibat.
Kalau dia (Bella) bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella Astillah.
Tapi saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua, tidak kisahlah Bella Astillah, Syed Saddiq, Didi Astillah atau saya sendiri. Saya doakan yang terbaik dan berusaha menjadi lebih baik,
Terdahulu, Bella menerusi sebuah podcast meluahkan rasa bahagia kerana kini menjalinkan hubungan rapat dengan Syed Saddiq.
Dia menyifatkan ahli politik itu sebagai seorang lelaki ‘green flag’ yang memiliki keperibadian baik dan menyenangkan untuk dijadikan sahabat.
Pssttt! Setiap orang ada fasa kehidupan yang berbeza. Ada yang sedang bahagia, ada yang sedang mencari arah hidup. Apa yang Muaz lakukan sekarang patut dipuji, fokus pada diri sendiri, kukuhkan ekonomi dan terus belajar. Kita pun boleh ikut contoh ni. Tak perlu bising tentang masa lalu, yang penting terus melangkah ke depan. Doa yang baik-baik untuk semua orang, termasuk diri kita sendiri.
Kredit: OhBulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.



Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM