Connect with us

Oh! Media

MK K-Clique Rapper Kegilaan Gadis ‘Off Market’, Selamat Bergelar Suami Kepada Siti Hajar

mk kahwin

Oh! Artis

MK K-Clique Rapper Kegilaan Gadis ‘Off Market’, Selamat Bergelar Suami Kepada Siti Hajar

Penyanyi rap kegilaan gadis-gadis, MK K-Clique hari ini telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Siti Hajar.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian video yang dikongsi media era.je dan Official Hlive, pasangan ini dilihat sedondon berpakaian serba putih. Siti Hajar pula dilihat berseri-seri duduk di pelamin di samping ibu bercinta.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Mahdi Mat Zin diwalikan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

MK K-Clique selamat bergelar suami dengan sekali lafaz

Di ruangan komen perkongsian, para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini dan mendoakan semoga rumah tangga yang dibina kekal ke akhir hayat.

Netizen juga sempat memuji kecantikan suri hati MK yang dilihat sangat ringkas dan lemah lembut. Patutlah MK jatuh hati kan?

Kredit: Era.je | Official Hlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas