Connect with us

Oh! Media

“Minta Anjing Pengesan Tapi Mereka Kata Tak Boleh Tahan” – Hawari Mungkin Sendirian Daki Ke Atas Semula

Hawari gunung everest ohmedia

Oh! Artis

“Minta Anjing Pengesan Tapi Mereka Kata Tak Boleh Tahan” – Hawari Mungkin Sendirian Daki Ke Atas Semula

Sehingga hari ini, pendaki negara, Muhammad Hawarie masih belum ditemui selepas hilang di ketika mendaki Gunung Everest.

Kronologi awal mengenai kehilangan Hawari adalah seperti berikut:

Sherpa (pengiring jalan) telah dipanggil untuk memeriksa keadaan pendaki lain (Tuan Awang Iskandar) yang berdepan masalah kesihatan namun apabila kembali semula ke Kem 4, Muhammad Hawari Hashim didapati sudah tiada. Ketika itu, dia telah ditinggalkan bersama bekalan sebuah tangki oksigen yang mampu bertahan selama 8 hingga 12 jam.

SAR mencari Hawari kini semakin suntuk selepas Gunung Everest dilaporkan akan ditutup pada 29 Mei. Kini mereka akan memulakan SAR pada bahagian udara pula dengan khidmat helikopter selepas pencarian di kawasan rendah tidak memberikan sebarang petunjuk.

IKLAN

Jangkaan kos yang diperlukan dalam misi mencari Hawari…

Image 152

Ketua Misi Malaysia Everest 2023, Azim Aliff Ishak juga masih yakin Hawari masih hidup kerana dia mengenakan sut berkualiti tinggi yang mampu menahan suhu -60 darjah celcius. Hawari turut keluar dengan membawa bekalan makanan dan memakai pakaian yang mudah dikesan.

Azim dalam pada itu turut beranggapan Hawari mungkin keluar sendiri pada malam itu dan naik ke atas untuk membantu Tuan Awang.

Kini misi pencarian memasuki hari ke-6 dan tertumpu di lokasi ‘Dead Zone’ yang mengalami High Altitude Cerebral Edema. Otak akan membengkak menjadikan seseorang seperti gila (berhalusinasi).

Kita sama-sama doakan agar misi mencara Hawari ini dipermudahkan dan dijumpai dalam masa terdekat.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas