Connect with us

Oh! Media

Mimpi Kahwin DS Vida, Roslan Shah Diselar Azwan Ali

roslan shah

Oh! Artis

Mimpi Kahwin DS Vida, Roslan Shah Diselar Azwan Ali

Tutup buku soal perkahwinan tak jadi Datuk Seri Vida dengan Iqbal, kali ini Roslan Shah pula mendapat tempias kritikan netizen apabila dia mendedahkan bahawa pernah bermimpi berkahwin dengan usahawan kosmetik terkenal itu, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Dah Jodoh Nak Buat Macam Mana” – Roslan Shah Nak kahwin Dengan Datuk Vida?

Yang menjadikan segalanya plot baru, pengacara sensasi Azwan Ali tidak ketinggalan untuk memberi sepatah dua kata kepada Roslan Shah.

Terbaru, Azwan atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA tampil menyelar Roslan berdasarkan kenyataannya yang sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Diva AA didakwa turut membuka cerita peribadi Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan di laman Twitter miliknya semalam.

Enggan berdiam diri, Cik Lan kemudiannya membuat kenyataan balas terhadap kritikan Azwan Ali itu.

Kau ada mimpi Dato Seri Vida ke ? Aku tak kacau kau jangan sampai aku laserrrr kau ya! Nanti telinga kau sampai keluar bernanah tau lama mulut puaka aku tak keluar ya!

Terdahulu, Roslan menerusi laman Instagram miliknya ada membuat kenyataan kontroversi di mana dia mendedahkan pernah bermimpikan DS Vida.

Berikutan itu, Roslan kemudian telah memohon maaf kepada DS Vida dan juga bakal suami, Iqbal Zulkefli bagi menjelaskan perkara sebenar.

Kredit: Instagram Roslan Shah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas