Connect with us

Oh! Media

“Menantu Kami Dunia Akhirat Tiada Pengganti” – Datin Patimah Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Syarat

datin patimah

Oh! Artis

“Menantu Kami Dunia Akhirat Tiada Pengganti” – Datin Patimah Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Syarat

Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mencapai kemuncak apabila sesi pendamaian dengan Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal.

ADVERTISEMENT

Puteri Sarah nekad dengan keputusan untuk berpisah dan akan memohon penceraian melalui hakam.

BACA: Syamsul Yusof ‘Frust’ Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Rupanya Sesi Pendamaian Berasingan

Terbaru, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menerusi hantaran di Instagram menjelaskan dia memohon anak dan menantunya berbaik dengan bersyarat.

“Jangan buat spekulasi” – Datin Patimah

ibu syamsul yusof

Namun dia cukup memahami derita yang telah dilalui Puteri Sarah selama ini. Disebabkan itu, Puteri Sarah berhak membuat keputusan di dalam hidupnya demi kebahagiaan sendiri.

Walau apa pun yang terjadi, dia mendoakan yang terbaik dan menganggap Puteri Sarah menantu di dunia dan akhirat.

ibu mentua puteri sarah

Ujarnya lagi, harta yang paling berharga buat Puteri Sarah kini adalah dua anak kesayangannya iaitu Syaikhul dan Sumaiyyah.

Terdahulu, ada segelintir netizen melabel ibu Syamsul Yusof sebagai derhaka apabila memberi sokongan kepada menantu dan membiarkan Syamsul menjadi bahan kutukan masyarakat apabila meninggalkan komen secara terbuka di media sosial.

Kredit: Instagram Datin Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas