Connect with us

Oh! Media

“Memang Nak ‘Kantoikan’ Diri Pun” – Nad Zainal Ke Bali Dengan Ungku Ismail Aziz Sebab Kerja

Oh! Artis

“Memang Nak ‘Kantoikan’ Diri Pun” – Nad Zainal Ke Bali Dengan Ungku Ismail Aziz Sebab Kerja

Pelakon terkenal Nad Zainal menafikan dakwaan dia dan pelakon kacak, Ungku Ismail Aziz sedang bercinta.

ADVERTISEMENT

Difahamkan spekulasi itu mula timbul berikutan gambar memaparkan Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz bercuti di Bali.

Saya nak tegaskan, pergi luar negara bersama itu atas urusan kerja dan bukan saya seorang. – kata Nad Zainal

Tambahnya lagi, pembantu peribadinya turut ada bersama ketika mereka ke Bali untuk menjayakan penggambaran Travelog saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ.

Tunjuk pergi melancong sebab kerja

Pelakon kecil molek ini berkata, Ungku menawarkan untuk menjayakan Youtube bersama sejak awal tahun lagi. Mereka ada misi dan visi yang sama iaitu nak buat kandungan di Youtube, travelog dan bina syarikat bersama.

Selain itu, mereka ada perancangan nak keluarkan telefilem.

Kami memang nak teruskan lagi perkara ini. Tak ada istilah nak sorok-sorok, memang kami tunjuk pergi melancong bersama sebab kerja.

Selepas Bali, mereka dalam perancangan ke Phuket Thailand dan Seoul Korea. Mereka juga mencari kerjasama dengan syarikat penerbangan Air Asia dan sebagainya.

Tak ada istilah pergi bercuti sebab nak ‘kantoi’, itu tak. Kami pergi memang nak ‘kantoikan’ diri pun dan nak orang tengok.

Nad juga mengaku dia dan Ungku ‘ngam’ disebabkan pelakon itu seorang yang bekerja keras. Manakala Nad pula minat menulis dan mengarah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas