Connect with us

Oh! Media

“Memang 100% Duit Sendiri, Tak Ada Satu Sen Pun Duit Bapa Mentua Saya” – Shikin Maembong

Oh! Artis

“Memang 100% Duit Sendiri, Tak Ada Satu Sen Pun Duit Bapa Mentua Saya” – Shikin Maembong

Chef selebriti, Chef Wan meluahkan rasa terkilan apabila menerima surat saman daripada bekas menantu, Shikin Maembong berhubung sebuah hantaran yang dibuatnya di Instagram.

ADVERTISEMENT

Chef Wan berkata dia tidak menyangka bakal disaman hanya kerana memberi teguran mengenai perbalahan yang berlaku di antara anaknya dan bekas isteri.

BACA: “Miskin Sangat Ke Nak RM1 Juta?” -Chef Wan Terima ‘Saman Malu’ Daripada Bekas Menantu!

Dakwa Chef Wan lagi, selama ini dia sudah banyak berkorban termasuk menanggung kos perkahwinan anak suatu ketika dahulu.

Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kawin kan kau berdua using 100% of my own hard work income?
Looking after my cucu as and when i can?

Menerima terlalu banyak kecaman, Shikin Maembong menerusi Instagram Stories memberi respon kepada dakwaan bekas bapa mertuanya itu.

Kata Shikin, dia bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai hal peribadi di laman sosial tetapi keadaan yang memaksa kerana ramai yang komen mengkritik dirinya.

Sebenarnya masa saya kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kitorang 100% adalah duit sendiri sebab ketika tu saya dengan bekas suami kitorang buat perniagaan Elken. Kitorang kumpul duit sendiri dan kahwin duit sendiri. Memang 100% duit sendiri, tak ada satu sen pun duit daripada bapa mentua saya. So apa dia post adalah fitnah.

Kakak kepada pelakon Emma Maeombong ini berpendapat semua orang perlu tahu hal yang sebenar. Dia dan bekas suami menjalankan perniagaan untuk mengumpul duit kahwin.

Kredit: Youtube Selebriti Malaysia | Instagram Shikin Maembong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas