Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Kotor Kalau Bijak Atur Langkah” – Mawi Kecewa Dunia Hiburan Dianggap Sebagai ‘Ladang’ Maksiat

Oh! Artis

“Tak Pernah Kotor Kalau Bijak Atur Langkah” – Mawi Kecewa Dunia Hiburan Dianggap Sebagai ‘Ladang’ Maksiat

Dunia hiburan sering kali dikatakan sebagai ‘ladang’ ataupun lubuk untuk membuat dosa kerana segelintir daripada mereka yang terlibat dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi kemasyhuran dan wang ringgit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pendakwah Dakwa Al-Haq Yang Satu Sebagai Lagu ‘Kepala Hotak’, Ini Respon Mawi

Sungguhpun begitu, pandangan negatif terhadap dunia hiburan itu ternyata tidak dipersetujui penyanyi dan penyampai radio, Mawi yang begitu kecewa dengan tanggapan tersebut.

Menerusi satu hantaran dimuat naik Mawi di Instagramnya, bekas juara Akademi Fantasia Musim Ke-3 itu mendedahkan bahawa dunia hiburan bukanlah tempat mahupun ladang untuk membuat dosa.

Sebaliknya, ia merupakan satu platform yang sangat bagus buat anak seni sekiranya tahu untuk mengatur langkah.

17 tahun aku dalam industri hiburan dan aku lihat dunia ni selalu dituduh penyebab dosa & maksiat oleh segelintir pihak.

Mengikut pengamatan aku, dunia hiburan ini tidak pernah kotor kalau kita bijak mengatur langkah. Menggunakan platform ini untuk menyebar kasih sayang dan mengenal akan pencipta kasih sayang itu.

Tambah Mawi lagi, sikap yang ada dalam diri segelintir netizen yang bersikap tidak fikir panjang menjadi punca mengapa industri hiburan menerima tanggapan sebegitu rupa.

Yang membuatkan dunia hiburan ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir!

Dunia politik juga tidak pernah kotor. Yang membuatkan dunia politik ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir!

Begitu juga dengan ‘DUNIA’! Dunia ini tidak pernah kotor. Yang membuatkan dunia ini kotor dan berlaku pertumpahan darah adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir!

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Mawi bersetuju dengan pandangannya itu.

Betul juga apa yang Mawi katakan tu. Yang tentukan samada sesuatu perkara tu baik atau buruk hanyalah diri kita sendiri. Kita yang perlu tentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Tak gitu?

Kredit: Instagram Mawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas